Friday, 5 January 2018
First story in 2018
Assalamualaikum.. Selamat Tahun Baru.. Rasa cepat sangat minit-minit dan detik-detik berlalu. Rasa baru kemarin habis tahn 2017. Sekarang sudah di tahun baru, lembaran baru dalam sebuah dari 2018. Berpindahnya lembaran pertama di tahun baru maka bertambahlah angka umur. Harap amalan dan kebaikan kita juga turut betambah.. hehehe
Entah berapa tahun tak tulis blog. Dulu buka blog ingat mau share pasal feeling, suasana, pengalamn dan everythings. Angan-angan mau jadi popular macam Hanis Zalikha.. Kuang-kuuang-kuangggg.. Tapi bila sudah makin betambah umur nie, rasa cukuplah memenuhi kemahuan hati iaitu menulis. Hobi saya adalah penulis diari yang stia dalam sebuah buku. Sanalah tempat meluahkan marah,sedih, rindu and everythings. Menulis juga adalah jiwa saya. Kalau tak menulis dalam satu hari tu, rasa macam kurang, tak lengkap dan rasa macam missing something. Hahaha..
Tahun lalu adalah sebuah tahun yang saya rasa banyak cabaran dan ujian yang saya rasa banyak. Maybe sebab faktor umur yang mungkin masih keanak-anakan yang sedang menuju kearah kematangan. Atau mungkin selama ini saya rasa masalah dan ujian tahun lalu tu berat sebab firsttime hadapi. Tapi setiap masalah itu ada penyelesaiannya kan?
Tapi dalam banyak ujian dan masalah yang saya hadapi tahun lalu... Ujian yang paling terkesan dalam hidup saya adalah dimana saya 'Bergaduh dengan kawan baik sendiri'.
Cerita dia start final exam semester 5. Saya pun tak tahu apa yang buatkan orang sekeliling kami nie tak suka ngan friendship kami. Padahal bukannya kami ni budak 'Hot Stuff' pun. Kami ne bolehh dikategorikan budak lembab kot. Ya la, apa tidak. Tiap2 semester kami akan sangkut paper last sem. Hahaha.. Cuma nak cerita disini, yang 'Kawan Baik' atau 'Special friend' dan saya gelarkan dia sebagai 'Buntut Ayam'. Mulut dia nie umpama ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung. Kuat membebel, konplen itu ini, dan banyak lagi la kalah ayam jantan. hahahah.. Jangan marah yaaa..Tapi disebabkan gaya dia macam tu la saya rasa selesa kawan dengan dia. Event orang lain tengok kami mmg jauh beza karakter. Saya pendiam dan kurang aktif. Kalau dia sudahlah agresif,hyyperaktif and suka bercakap. Pendek kata bagai langit dengan bumi.
Kami kenal dari sem 1(November 2014) sampi la sekarang. Hampir 3 tahun la. Dia orang kedua yang saya jumpa masa Oriienntasi budak baru or SEM 1 kat Uitm. Firts time jumpa dia kenalkan diri dia 'Hannah' Hahahaha.. Nie lawak. Memang kalau tak kenal dia, memang orang akan cakap dia ni orangnya ayu, lemah lembut. Saya pun tertipu. Hahaha.. Hmm.. panjang lebar saya describe pasal dia ne. First-first saya macam tak berapa nak masuk dengan dia. Sebab dah dapat detect yang dia nie macm gengster sikit. Tapi entahlah, Maybe Allah temukan saya dengan dia ada hikmah. Lepas habis orientasi, kami satu kelas. Start sanalah kami mula rapat. Pergi kelas sama-sama, balik dari kelas pun sama-sama, membeli pun sama-sama, bergosip pun sama-sama. Lama-lama jadi rapat dan terjadi BestFriend.
Tahun 2017,Bulan April Tanggal 15. Saya ingat tarikh Keramat nie. Tarikh ne la bermulanya semua benda berubah sekelip mata. Tarikh nie la yang buatkan saya jadi seorang yang selfish. Tarikh nie la buatkan saya sedih nak rak. Kalah orang yang break-off ngan Bf. Huhuhu, tarikh ni la yang saya merasa kena block kawan baik sendiri. Ok, Cerita dia macam ne. Sebelum Final Exam, saya memang ada benda yang saya simpan dari kawan baik saya ne. Kes keccil hati lah, Kes tersinggung la dan macam-macam lagi. Kami di semester 5 nie, tak dapat tinggal hostel. So, paksalah kami tinggal menyewa diluar dengan beberapa orang. Sebenarnya apa yang dihati tu memang tak ada niat pun nak simpan lama-lama. Tapi tibe-tiba pula, ada makhluk Allah nie datang membawa 'Negative Vibes' cucuk-cucuk fikiran dan hati. Percayalah juga ngan kata-kata berbisa dorang tu. Kalau satu tak pa la jga. nie dua orang. Cuba imagine. Ya.. memang salah saya. Saya tak pernah nafikan benda nie besar sebab terlalu ikutkan nafsu marah tanpa berfikir dan tapis guna hati dan iman. Benda kecil boleh settle, Tapi ikutkan Nafsu marah, benda tu jadi besar dan membawa kepada satu pergaduhan dan tak bertegur.
Selepas Hamba Allah tu, menyebarkan kata-kata nista dorang tu, saya trus simpan dan berfikir. 'Kenapa dorang cakap macam tu pasal dia?' Hahh.. Saat nie la Syaitan pula ambil alih menghasut lagi tuk fikir apa yang kita rasa selama ne betul. Start dari sana saya jarakkan diri dari kawan baik saya sendiri. Saya kurangkan share pasal hal peribadi. Tapi jauh disudut hati saya memang tak boleh buat begitu dekat dia. Rasa kurang sesuatu dalam hidup.Tidak lngkap. Benda dan Syak wasangka tu saa simpan sampai habis exam semester 5. Seminggu habis exam, saya chat kawan baik saya. Tanya kalau betul atau tidak yang Orang Ketiga dan keEmpat tu betul atau tidak(Pembawa Nista). Bincang punya bincang, dia tidak jawab soalan dan dia tidak bagi pun jawapan yang saya mahu. Hahaha, tapi yang lawaknya dia Block saya d Whatssapp, fb dan instagram. Siapa yang tak sakit hati oi. Engko nk kan jawapan, tapi kena block. Hahahah. Since dia dah block saya tu, saya set kat otak,minda dan hati yang benda tu betul. Start tarikh 15 April 2017, kami tidak berhubung sehinggalah bulan September 2017.
Tapi tipulah kalau saya tidak rindu dia. Rindu berchat, bergila, cerita and everythings. Tapi saya sadokan hati yang saya memang nak buang dia dari hidup saya. Sampai saya buangkan segala gambar dalam handphone, insta dan dimana-mana.. hahha.. macam frust menonggeng. Tapi seriousy, memang sakit weyh. Sakit sangat. Tapi yang menghairankan, semua kakk saya tak sokong dengan tindakan saya. Cakap yang saya ni mudah sangat percaya cakap orang dari kawan baik sendiri. 'PELIK'. Apa yang kakak bagi tau tu memang ada benarnya. Tapi iyalah, dalam keadaan marah. Ego pun membuak-buak masa tu, rasa nak mengalahka? Nak chat dia dulu minta maaf? Memang tidaklah.
Tapi hampir setiap malam saya menangis bila ingatkan dia. Rasa nak Call dan say sorry. Walaupun hati tetap mengiyakan itu salah dia. Just mahu perbetulkan segala-segala. Tapi nafsu yang membatasi tu semua dari realiti. Then, Bulan ganti bulan, hari ganti hari semua tu saya dah lupa sedikit demi sedikit.
Tanggal 15 September 2017, dia dan seorang kawan saya datang dari Uitm ke tempat kerja saya(Masa nie saya ambil keputusan untuk berhenti study). Ikutkan hati nak jak menangis. Tapi sadokan hati. hahaha... Sini semuanya terungkai. Satu per satu. kisah demi kisah dan dari hati ke hati. Baru saya tahu yang selama ini saya yang salah. Cepat sangat buat kesimpulan. Terlalu ikutkan hawa nafsu marah. Baru saya tahu, yang Dia juga selalu sedih memikirkan isu ni. Baru saya tahu yang dulu dia seorang yang periang menjadi seorang yang kurang bercakap. Baru saya tahu yang dia seorang yang lincah dan lasak kini seorang yang penyedih. Dan baru saya tahu rupa-rupanya dia seorang yang rasional dan saya adalah seorang yang emosi. Baru saya tahu yang dia adalah kawan yang jauh dari apa yang saya fikirkan pasal dia. Baru saya tahu yang dia juga merasa benda yang sama, Iaitu jawapan. Huhuhu..
So, Kesimpulannya disini, Jangan cepat menghukum. Hahaha Ayat Cliche. Kawan baik tu adalah seseorang yang menggantikan ahli keluarga kita saat kita jauh dari mereka. Kawan baik tu juga adalah orang yang sangat mengenali kita lebih dari orang lain selain keluarga. Kawan baik itu juga adalah orang yang sentiasa membuatkan kita rasa bukan 'Alone'. Dalam kehidupan kita perlu kan seseorang yang support kita selain family. Iaitu Sahabat.
Tapi dari ujian ne juga mengajar saya untuk bersikap lebih rasional. Mengajar saya untuk belajar memberitahu apa yang didalam hati, dan mengajr saya untuk lebih percaya akan kawan kita sendiri dari orang lain. Ujian ini juga melihat hati seorang yang kita kenal tu lebih dalam dan mengajar kita untuk lebih bersyukur dan menerima setiap kekurangan.
Kepada My BFF( Bluerkkkk) Buntut Ayam Thank you sebab masih terima saya sebagai kawan baik. Masih anggap saya ne pendengar cerita boring ko tu.. hahaha.. Baru saya tahu mulut bising ko tu yang buatkan hidup dan telinga pekak nie ceria. Walaupun Annoying kadang-kadang, sikap garang ko tu mengalahkan kakak dan warden asrama, perajuk ko tu mengalah budak-budak, Tapi ko tetap Kawan,Adik, kakak dan Ayam.. hahaha.. To, Mummy Shark, thank you sebab kau adalah dalang yang berjaya di akhir abad ini. Berjaya buatkan kami berbaik. Ko adalah mama, kakak bagi saya. Walaupun ko lebih muda dari saya, tapi saya mau juga jadi adik dan anak ko. Saya sentiasa doakan ko menemui jodoh yang baik macm ko. hehehe, mata tu jaga skit lepas kawin.. I love U Guys Most,most and most..
Subscribe to:
Posts (Atom)